Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami
IPC & S Grosshammer GmbH bermaksud Kerjasama & Perkhidmatan Pemerolehan Antarabangsa, selepas ini dipanggil IPC&S sebagai singkatannya.
Kami menyediakan kapasiti bebas untuk anda dalam sektor berikut
1.) RANGKA KELULI STRUKTUR, KEJURUTERAAN
2.) PENYELESAIAN LOGISTIK LENGKAP (termasuk penghantaran)
3.) PEMASANGAN PERINDUSTRIANAdakah anda mencari pembuat rangka keluli struktur atau kejuruteraan yang kadar harganya boleh diterima di pasaran atau yang boleh menawarkan anda perkhidmatan pembuatan kontrak.
Adakah anda mengalami kesendatan pembuatan yang menyebabkan anda memerlukan sumber kedua dengan notis yang singkat?
Adakah anda mencari rakan kongsi yang kompetitif yang mampu memajukan projek anda dalam cara yang profesional dengan menggunakan rangkaian sedunia?
Atau adakah anda sedang mencari rakan kongsi pemasangan perindustrian yang ungkapan penghantaran tepat-pada-masanya, kefleksibelan dan kualiti lebih daripada omongan kosong jualan semata-mata?
Jika benar, anda telah menemui rakan kongsi yang tepat!Platform pembelian ini tidak akan melegakan anda daripada membuat keputusan penganugerahan kontrak yang sukar, tetapi ia akan menyumbang kepada anda dengan menyampaikan peluang pembelian dan pemerolehan yang lebih mudah dan diperkenalkan kepada syarikat baru.
Sekiranya anda pembuat, IPC&S akan mengemukakan kepada anda pertanyaan yang disesuaikan menurut kemampuan pembuatan anda. Perkhidmatan profesional, broker terpilih menyumbang dalam mencapai tahap tertentu keefisienan dan mensasari kadar bagi pengguna dan pembuat.
Pengalaman kami yang bertahun-tahun dalam pemerolehan antarabangsa untuk peserta global, dan kunjungan kami ke negara Eropah lain, Timur Tengah, , Asia (China, Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, dsb.) yang berlanjutan selama beberapa bulan, telah membolehkan kami bertapak dalam pasaran ini.
Dokumen pertanyaan anda yang masuk disemak semula oleh IPC&S dan disampaikan kepada anda untuk pemilihan pembuat keluli dan kejuruteraan terpilih, logistik atau rakan kongsi pemasangan yang mempunyai kapasiti bebas untuk keperluan anda dan dalam rangka tempoh yang tepat dan yang berkedudukan untuk menyediakan cadangan untuk anda.
IPC&S mengumpulkan maklumat dengan kerap mengenai kapasiti bebas dan dengan yang demikian mengetahui lebih awal siapa mempunyai kapasiti bebas, di mana dan bila, meskipun sebelum kami menerima pertanyaan anda. Ini bermaksud tempoh masa yang secara relatif singkat antara pertanyaan dan hubungan, penganugerahan/pembuatan pesanan dan meminimumkan belanja overhed dan kos pencarian sumber oleh jabatan pembelian anda dan akhirnya memberi kesan pada keuntungan anda.
IPC&S menawarkan perkhidmatan broker yang cekap seperti yang dituntut oleh pasaran: pantas, fleksibel dan efisien.
Kami bukan sahaja memulakan perhubungan pertama, kami juga memudahkan anda sehingga ke penghujung proses pemerolehan sekiranya perlu.
Ingin Tahu?Hantarkan pertanyaan tanpa obligasi anda atau hubungi kami untuk janji temu.
Pembuat dengan hormatnya diminta meluangkan masa untuk mendaftar. Ini membolehkan kami memilih pertanyaan yang berkualiti tinggi dan berfaedah daripada maklumat yang dikumpulkan perihal syarikat anda. Bukankah, hanya maklumat yang terkini dan berkualiti tinggi mempunyai nilai ekonomi ? melindungi keefisienan kami dalam jangka panjang dan dengan yang demikian memanfaatkan anda.
FalsafahMemandangkan anda mengambil masa untuk membaca ini sehingga ke penghujungnya, nyatalah bahawa kaedah anda bekerja hampir sama dengan IPC&S. Menjadi falsafah kami untuk memikirkan segala-galanya dengan teliti dan berusaha untuk mencapai hasil yang sempurna, tanpa berpuas hati dengan langkah separuh jalan.
Kami menyediakan anda dengan maklumat yang jelas. Sekiranya kami tidak mampu untuk membantu anda dalam apa-apa projek tertentu, kami menolak dengan sopan tetapi tegas.
Kami bukan dalam usaha niaga membuang masa dan membuat keuntungan dengan bertindak secara profesional. Kami ingin menggunakan strategi ini untuk mengukuhkan tulang belakang pengguna kami dalam pemerolehan dan agar menjadi alat jualan yang cekap bagi pembuat dan pembekal perkhidmatan
Kami sukacita untuk menyediakan bukti keupayaan perkhidmatan kami dan meminta anda menghantar senarai/pertanyaan projek anda.
Kami ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Sandvik Mining and Construction Materials Handling GmbH & Co KG atas penyediaan bahan bergambar percuma dalam rencana rangka keluli dan kejuruteraan struktur. Kami juga ingin melahirkan penghargaan kami atas penyediaan bahan gambar percuma untuk sektor logistik kepada Jas Projects S.p.A dan kepada MCE Industrietechnik Zeltweg GmbH & Co untuk pemasangan perindustrian. Kami juga ingin melahirkan penghargaan kami kepada pasukan Mr. P?ltl's atas kerja-kerja mereka yang berterusan dan inovatif dalam laman web ini www.web2future.at.
Yang benar
Walter GrosshammerPengurusan